top of page

SEPTEMBER 2022 BY IKHMAL JAMALUDIN​

Alahai Belacan (meow-meow)

Note : The following is in screenplay script format

EXT. LUAR RUMAH NENEK MELATI

NARRATOR 1

Tersebutlah kisah, di kampung Wayang Kulit yang terletak di salah suatu negeri di Malaysia yang terkenal-

Tiba-tiba NARRATOR 2 menyampuk

NARRATOR 2

Eh cop cop sekejap, Kenapa tak beritahu kampung tu terletak di negeri mana ?

NARRATOR 1

Eish kau ni sibuk je, biar aku yang bercakap la,

NARRATOR 2

Ah tak nak, aku pun nak cerita juga, Okay, sebenarnya kampung ini terkenal dengan pelbagai budaya tradisional dia negara kita dan terletak di- GEDEBUK! Ah aduh!

NARRATOR 1

Okay dimana kita tadi? Oh iya kampung ni kaya dengan pelbagai budaya tradisional yang terdapat di Malaysia,tetapi semakin lama semakin tidak diendahkan oleh anak muda-

EXT. DAPUR BELAKANG RUMAH NENEK MELATI

BELACAN

Hisss! Kamu berdua ni, tak nampak ke aku nak tidur ni diam sikit !

NARRATOR 1

Eh, urmmm maaf belacan, kami tidak perasan becalan sedang tidur

NARRATOR 2

Betul tu belacan, hehehehe

INT. BERANDA RUMAH NENEK MELATI

NENEK MELATI

Belacan... Lapar ke? Mari ke nenek...alololo kesayangan nenek ni

​

​

2.

Kelihatan Deris dan Debab menuju ke rumah Nenek Melati.

DERIS

Weh ,balik ni main game tau, ada game baru keluar!

DEBAB

Uish, gempaklah, pukul berapa tu?

DERIS

Okay apa kata nanti kita main pukul tiga?

Debab bersetuju dan meneruskan perjalananya pulang ke rumah.

NENEK MELATI

Cu,nanti petang jom belajar buat wau, ajaklah kawan-kawan kamu sekali

DERIS

Takpe la nenek, saya dengan kawan-kawan nak main game online.

Lalu cucu membuka kasut sekolahnya di tangga rumah Nenek Melati.

NENEK MELATI

Hm, walaupun kampung kita ni terkenal dengan bermacam-macam budaya tradisional,nenek pasti ia akan ditelan zaman kalau anak-anak muda macam kamu ni terlalu taksub dengan teknologi.

DERIS

Alah Nenek tu kan zaman dulu, sekarang-

Belacan melompat kearah telefon milik cucunya dan melarikan diri.

DERIS

Belacan ! Ahhhhh telefon aku !

Deris terus bangun dan mengejar Belacan.

NENEK MELATI

Hei, hati-hati, dengan tak pakai selipar tu !

DERIS

Maaf nenek, kecemasan ni ! Belacan! Jangan lari woi ! Telefon aku!

 

 

3.

DEBAB

Eh itu bukan Belacan ke?

DERIS

Telefon aku ! Kejar dia

DEBAB

Eh haah la, sah tu belacan,apa dalam mulut dia tu? Eh?

NARRATOR 2

Belacan tiba di sebuah jambatan kayu, di tempat tersebut kelihatan dua orang gadis, Mei Li dan Shanti.

EXT. ATAS JAMBATAN KAYU

MEI LI

Eh aiyo, ini kucing siapa ha?

SHANTI

Comelnyaa, eh ada apa dalam mulut dia tu?

DERIS dan DEBAB tiba di jambatan tersebut.

DERIS

Eeee abislah kau Belacan !

SHANTI

Eh? Nama dia belacan?

DERIS

Bagi dia kat aku !

MEI LI

Jangan harap woa! Kalau mahu ini kucing ha kena lepasi kami dulu !

SHANTI

Iya, betul tu!

 

DERIS

Eh ketepi la, dia curi telefon aku! Kucing tu nakal!

DEBAB

Betul tu !

 

 

4.

MEI LI

Ah ! jangan harap woo ! Kalau mau ini kucing ha, mesti lepasi kami dulu

Mereka sambung bertengkar, pelakon suara boleH menambah suara dan dialog pertengkaran.(ah takde takde etc)

 

 

SEMASA MEREKA BERTENGKAR, BELACAN MELOMPAT KE TENGAH MEREKA DAN TIBA TIBA BERPUSING LALU MENGHASILKAN SEBUAH PORTAL YANG MENYEBABKAN MEREKA SEMUA BERTERBANGAN DAN DISEDUT MASUK.

Mereka menjerit ketakutan.

 

(tolong) (nenek) (Belacan!) (Mama! Papa)

DERIS

Aaaaaaaa,nenek !

​

CUT TO:DUNIA FANTASI

EXT. DUNIA FANTASI

​

​

NARRATOR 2

Mereka semua menjerit sambil jatuh dari langit dan mereka semua mendarat dengan selamat.

DEBAB

Haik?! Kita dekat mana ni?

DERIS

Nenek?

MEI LI

Haik?! Kita dekat mana ni?

 

MENUNJUKKAN GUNUNG-GANANG BERBENTUK NASI LEMAK DAN WAU BERTERBANGAN SEPERTI BURUNG.

DERIS

Eh korang semua okay tak?

DEBAB

Huwaaaa, nak balik ! Mama ! Papa !

 

 

5.

SHANTI

Dey ! Apa yang kau menangis mengalahkan perempuan ni

Semua tergelak. Kemudian DERIS perasan ketiadaan BELACAN.

DERIS

Eh ada siapa-siapa nampak BELACAN tak?

DEBAB

Aku rasa, kita kena cari BELACAN la kalau kita hendak dari sini !

DERIS

Hmmm, betul juga kata kau...

DEBAB

Mari cari BELACAN Jom !

NARRATOR 2

Jadi mereka pun menjerit nama Belacan, dan tidak lama kemudian, Deris perasan keberadaan Belacan berdekatan sebuah kawasan sawah padi,kelihatan di langit ada pelbagai jenis wau berterbangan seperti burung. Mereka terkesima dan kagum sambil mengejar Belacan.

DERIS

Ey Debab , cepat la sikit !

DEBAB

Sabar laa eeee !

NARRATOR 1

Lalu mereka teruskan sesi kejar mengejar,kelihatan kuda kepang jadi beberapa ekor kuda yang berlari keterapungan sebelah kucing dalam beberapa saat. Budak- budak tersebut kagum dengan keindahan dan keajaiban yang mereka saksikan. Disebabkan terlalu teruja dan kagum dengan dunia fantasi tersbut, mereka kehilangan jejak Belacan.

DERIS

Ugh, aduh kita kehilangan jejak Belacan !

DEBAB

Sniff, Sniff, em bau sedap apa ni?

 

 

6.

Lalu mereka pun tiba di sebuah salah satu kaki gunung nasi lemak, kelihatan juga pokok-pokok yang berbuahkan ketupat yang berjurai kat pokok dan kelihatan lemang-lemang bersusun seperti pokok buluh.

 

DEBAB

Eh? Ada pokok Lemang? Boleh makan ke ni? Sedapnya! Nyum! Nyum!

DEBAB

Siapa sangka kan? Makanan tradisional ni lagi sedap dari burger dan pizza !!!

DERIS

Eleh, kau apa je yang tak sedap?

Mereka semua tergelak.

 

NARRATOR 1

Rupa-rupanya, BELACAN melompat keluar dari semak itu. Lalu, Belacan dengan pantas berlari.

 

EXT. KAWASAN ALAT MUSIK TRADISIONAL

​

Budak-budak itu pun teruskan mengejar BELACAN kemudian berlari dan melompat ke arah instruemnt muzik seperti gendang-gendang lalu menghasil kan muzik. Kemudian BELACAN melintasi sebuah jambatan seruling yang menghasilkan not-not muzik tradisional.

 

EXT. KAWASAN ALAT MUSIK TRADISIONAL

 

NARRATOR 2

BELACAN berlari sehingga tiba di sebuah perkampungan. Kelihatan kompang- kompang di langit berkumandang termain dengan sendiri.

EXT. KAWASAN RUMAH TRADISIONAL

NARRATOR 2

Belacan berlari sehingga tiba disebuah perkampungan yang banyak rumah tradisional.

SHANTI

Wah rumah minangkabau ! Macam tak percaya je rumah ni ada disini

 

 

7.

DEBAB

Minangkabau? Apa tu? Kenapa macam tu nama dia?

SHANTI

Tengok bumbung rumah tu macam tanduk kerbau... seni bina rumah ni terkenal di Negeri Sembilan

DEBAB

Uish,gempaklah!

NARRATOR 1

Mereka menuju ke arah satu bunyi,rupanya ia merupakan bunyi sebuah pintu portal yang jauh disana...

DERIS

Kita kena masuk ke portal tu ! Aku pasti jalan keluar mesti di sebalik portal tu

DEBAB

Tapi aku takut la ! Macam mana kalau kita masuk dan terperangkap kat sini selamanya?

DEBAB

Terperangkap? Kat sini ? Selamanya? Taknak ! nak balik !

MEI LI

Haiya, kalau Belacan berani masuk situ, maksudnya selamat la tu

SHANTI

Hemm, betul tu kata dia, Jom semua keluar dari sini !

BUDAK-BUDAK TU SEMUA

JOM !

NARRATOR 2

Lalu mereka pun memecut kearah portal , kelihatan dunia fantasi mula bergegar dan portal semakin mengecil. Senjata-senjata seperti keris, pedang, tumbuk lada, mula jatuh dari langit.

 

 

8.

NARRATOR 2

Tetapi mereka banyak sulaman batik yang muncul dari tanah membentuk tangga ke portal

DERIS

Itu! Cepat ! Nampak tak kain batik tu semua ?

SHANTI

Oh faham ! Baik jom ! Okay semua lompat atas kain batik tu terus ke portal ! Cepat !

BUDAK-BUDAK TU SEMUA

Baik !

NARRATOR 2

Semasa mereka sedang menuju ke portal, Debab sangat la lambat kerana dia gayat tinggi manakala semua budak - budak tersebut sudah tiba di hadapan portal tersebut. Debab mulai rasa gelisah dan menangis. Tiba-tiba muncul seekor harimau malaya di belakang Debab.

DEBAB

Huwaaaa! Ada harimau! Tolong aku! Aku tanak kena makan ! Aku tak sedap !

DERIS

Hahahaha, apalah kau ni..

SHANTI

Ayoyoyo ini budak ha...

Lalu harimau Malaya tersebut menunduk seolah-olah mahu DEBAB

DERIS

Aku rasa dia nak kau naik dia la!

DEBAB

Eh yeke? Sob.. Sobb,Tapi aku takut la

DERIS

Tak, jangan takut, percaya cakap aku !

 

 

9.

DEBAB

Baiklah, aku naik tau, kalau apa-apa jadi pada aku, bagitau mak aku, aku sayang dia dan masakkan dia...

MEI LI

Haiya ini orang...

NARRATOR 1

Lalu budak 2 pun menaiki dan menunggang harimau Malaya tersebut. Harimau Malaya tersebut melompat kearah kain batik yang berterbangan di langit dan menuju ke portal.

 

 

EXT. DEPAN PORTAL

DEBAB

Terima kasih sang harimau !

(nada pasrah)

Harimau tersebut mengangguk lalu mereka semua masuk ke dalam portal tersebut lalu portal tersebut lenyap.

 

INT. DALAM PORTAL

NARRATOR 1

Dalam portal tersebut, mereka melihat secara samar-samar peradaban orang di Tanah Melayu dari zaman tradisional sehingga zaman moden . Kalau kita lihat, semakin pudar zaman-zaman tersebut kan? Sekiranya kita tidak meletakkan budaya kita sebagai keutamaan, pastinya ia akan pudar dan hilang ditelan zaman. Tiba-tiba dunia fantasi memudar dan mereka jatuh dari langit dan kembali ke alam realiti.

 

 

EXT. BELAKANG RUMAH NENEK MELATI

BUDAK-BUDAK TU SEMUA

Whoaaaa!

(PLUP! Jatuh sungai)

DEBAB

Yey dah balik sini ! Aku rindu mak aku !

 

 

10.

BUDAK-BUDAK TU SEMUA

HAHAHAAHAHAHHAAH apalah dia ni

Tiba- tiba Nenek Melati datang ke tempat tersebut kerana mereka terlalu bising.

 

 

NENEK MELATI

Aik kamu semua ni! Dengan baju sekolahnya ! Ish ish naik semua ! Naikkk,

NENEK MELATI

Tadi kata cari Belacan? Ada je tu Belacan tengah tidur kat atas bumbung..

DERIS

Bumbung? Eh tak mungkin la!

DERIS

Nek,tadi kami ke alam fantasi nek! Macam macam budaya tradisional ada gunung nasi lemak, wau..

DEBAB

Betul tu nek, ada lemang,sedap nekk

NENEK MELATI

Hahahahaa, kalian ni kelakar la aduh sakit perut nenek gelak

DERIS

Eh betul nek! Ada harimau lagi tu, dia selamatkan Debab ni ha sebab dia penakut nak naik atas kain batik!

NENEK MELATI

Kain batik berterbangan? Ni cerita apa ni?

MEI LI

Iya nenek! Tadi kami lalu jambatan seruling !

NENEK MELATI

Kamu semua biar betul? HAHAHAHAHAH jangan mainkan nenek aduh terhibur la nenek petang petang ni !

DERIS

Eish nenek ni, eh nenek kata nak buat wau?

 

 

11.

NENEK MELATI

Iye nenek nak buat la ni, tapi itu la, kesian nenek buat sorang-sorang

BUDAK-BUDAK TU SEMUA

Wau? Nak ! Nak! Kami balik dulu tukar baju ya nek!

Lalu budak -budak tu semua pun bergegas pulang ke rumah masing-masing.

NENEK MELATI

Aik,budak ni semua kena rasuk dengan apa? Tiba-tiba je semua semangat cintakan budaya? Ish ish Belacan,apa la kau dah buat sampai mereka tu semua sedar..

CUT TO:PONDOK NENEK MELATI

 

 

 

EXT. SAWAH PADI

NENEK MELATI

Okay cuba kalian buat kalain terbangkan wau yang kalian dah siapkan tu...

SHANTI

Saya punya wau merak ! Lagi cantik

MEI LI

Saya pun wau merak ! Wah sama canitk owooo

DEBAB

Eish kejap laaa wau aku tak siap lagi ni...

NENEK MELATI

Hahahahaa tak mengapa mari nenek bantu....

DERIS

Siap ! Saya punya wau Belacan!

SEMUA ORANG

Wau Belacan ?

DERIS

Alah, wau kucing ! Meow meow ! Hehe

 

 

12.

SEMUA ORANG

Alahai belacan ! HAAHAHAHAHAHA

Scene naik ke atas dan tunjuk tunjukkan tajuk.

NARRATOR 1

Dan begitulah kisah yang kami ingin smapaikan tentang kampung yang penuh dengan budaya tradisional...

NARRATOR 2

Aik bila masa kita dah cerita pasal kampung ni ?

NARRATOR 1

Shush diam la!

THE END.

bottom of page