OCTOBER 2021 BY IKHMAL JAMALUDIN​
The Darkside of Kuda Kepang
Note : The following is in screenplay script format
1.
EXT. SEKITAR KERAJAAN SERI BIANGLALA (SINARAN PELANGI)
INT. DI DALAM ISTANA
NARRATOR 1
Ah ya! Ini merupakan Putera Mahkota Raja Kerajaan Seri Bianglala, Putera Indra yang terkenal dengan kenakalannya.
​
Kelihatan Putera Indra Mahkota Raja yang kebosanan dengan kehidupan harian baginda di dalam istana :duduk di atas takhta, makan, disiapkan oleh dayang , rebah atas katil
(ulang 3 kali tapi semakin rapid)
​
INT. KAMAR PUTERA INDRA
​
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Argh! BOSANNNN!!! Apa ada diluar sana agaknya?
SULTAN
Belum masanya Indra,Belum masanya Indra,Belum masanya Indra,Belum masanya Indra,Belum masanya Indra!
Tiba-tiba Putera Indra mendapat satu rencana untuk menyelinap keluar dari istana.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Ha! Aku ada rencana ! hehehehehe
Para dayang datang ke Putera Indra untuk menyiapkan baginda diperhatikan oleh Nadim Sri Nara, iaitu
pengawal peribadi dan penasihat Putera Indra.
SCENE MENUNJUKKAN DEMO IKATAN ANAK RAJA LIMA
NADIM SRI NARA
​
Tuanku, mari kita berangkat ke singgahsana.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Baik.
FADE IN: HALLWAY DEPAN KAMAR PUTERA INDRA
Mereka berdua bergerak menuju kehadapan
2.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Urm Nadim...Beta nak ke sungai la. Kamu berangkat terlebih dahulu
NADIM SRI NARA
Tapi tuanku?
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Ini satu arahan!
NADIM SRI NARA
Ampun tuanku,baiklah.
Kelihatan Nadim Sri Nara pergi meninggalkan kamar Putera Indra.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Siapa sangka ia akan berkesan?
Putera Indra memulakan rancangan baginda dengan mengunci pintu kamarnya dan menyelinap keluar lalu baginda menyelinap lari ke arah bukit.
EXT. DI KAKI BUKIT
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Huh, tidaklah susah mana!
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Kampung Niskala aku datan-
Tiba-tiba Putera Indra tergelincir lalu tergolek menuruni bukit dari istana.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
ARGHH! Auch! Huwaw peningnya !
Kelihatan Arjuna sedang menyidai pakaian di ampaian belakang rumahnya.
Arjuna dilanggar oleh Putera Indra lalu terjatuh
CUT TO BLACK.
BACK TO:BELAKANG RUMAH ARJUNA
ARJUNA
Aduhhh,sakitnya kepala aku
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Peningnya aduhhhh !
3.
Kelihatan kepala Putera Indra terpusing pusing kepeningan.
(keluar bintang atas kepala)
ARJUNA
Eh,kau tak apa-apa kah?
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
(Sambil berdiri)
Oh sebenarnya-
Arjuna perasan bahawasanya ikatan samping Putera Indra merupakan ikatan samping berbeza.
ARJUNA
Eh! Tuan ni bukan berasal dari kampung ni kan?
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Eh? kenapa pula?
Putera Indra menjelaskan situasi baginda dan Arjuna terpegun mendengar penjelasan putera indra dan turut kasihankan baginda.
ARJUNA
Kasihannya tuanku, kalau tak keberatan, patik boleh tunjukkan disekitar kampung...Apa kata tuanku?
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Wah betul ke ni?
ARJUNA
Tetapi, tidak bolehlah kita ke Kampung Niskala dengan tuanku kelihatan begitu...
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
betul juga kata tuan hamba , siapakah nama gerangan tuan hamba?
ARJUNA
Haa,nama patik Arjuna... dan ini ialah ikatan samping lingkup.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Oh, sungguh menarik, beta mahu tukar ikatan samping tetapi tidak tahu akan cara ikatan lingkup
4.
ARJUNA
Oh,Mudah sahaja caranya..tuanku ambil pakaian ini dan tukarkannya terlebih dahulu
PUTERA INDRA KELUAR DARI PINTU BELAKANG RUMAH ARJUNA DENGAN MEMAKAI PAKAIAN PEMBERIAN ARJUNA.
Putera Indra menghampiri Arjuna lalu menghulurkan samping kepada Arjuna
SCENE MENUNJUKKAN IKATAN SAMPING LINGKUP
FADE IN: GERBANG KAMPUNG NISKALA
Mereka berdua memulakan langkah menuju ke Kampung Niskala.
EXT. GERBANG KAMPUNG NISKALA
ARJUNA
Ha! Selamat Datang ke Kampung Niskala!
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Wahhhhhh!
Mereka berdua bergerak masuk ke dalam gerbang pintu Kampung Niskala.
EXT. PASAR KAMPUNG NISKALA
TIBA-TIBA MEREKA TERGENGAR BUNYI PALUAN KOMPANG DAN RAMAI ORANG AWAM BERKUMPUL.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Eh? Ada apa disana itu?
ARJUNA
Haah kan? Mari kita lihat!
Mereka berlari menuju kearah ramai orang awam yang berkumpul.
CAMERA VIEW BACKSHOT MENUJU KE BUNYI PALUAN KOMPANG DAN ORANG AWAM BERKUMPUL
KELIHATAN SEPASANG PENGANTIN BARU SEDANG BERARAK.
ARJUNA
Eh ? Tuan Budi?
5.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Tuan Hamba kenal ke pengantin tu?
ARJUNA
Oh, itu Tuan Budiman, Ketua Kampung ini,ini isterinya yang keempat
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Oooo, oh iya ikatan yang dipakainya juga berbeza, maksudnya darjatnya jugaa berbeza?
ARJUNA
Eh bukan begitu! Ikatan yang digunakan oleh beliau ialah ikatan laksamana melamar, ikatan yang biasa digayakan untuk majlis perkahwinan.
Putera Indra mengangguk faham.
EXT. SCENE MENUNJUKKAN IKATAN SAMPING YANG DIPAKAI OLEH ABANG BUDI SUDAH PENAT BERARAK.
TUAN BUDI
Argh penatnya...
Kemudian Tuan Budi jatuh terduduk menyebabkan ikatan sampingnya terbuka.
ORANG RAMAI
Eh Tuan! Tuan!
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Eh? Dah kenapa dengan Tuan Budi ?
ARJUNA
Penat barangkali hahahaha
MEREKA TERGELAK DAN CAMERA ZOOM IN KE TUAN BUDI
Pengapit datang ke arah Abang Budi untuk memakaikan semula ikatan Samping beliau.
SCENE MENUNJUKKAN DEMO IKATAN LAKSAMANA MELAMAR
CAMERA ZOOM OUT MENUNJUKKAN KAMPUNG NISKALA MENUNJUKKAN OVERVIEW DI KAMPUNG NISKALA WAKTU BERTUKAR DARI PAGI KE MAGHRIB
FADE IN: BLACK TURN INTO WAKAF BENDANG
6.
EXT. WAKAF DI BENDANG
Kelihatan Arjuna dan Putera Indra sedang beristirahat diatas wakaf terbuka disebuah bawah pokok di tengah sawah.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Wah! Seronoknya kehidupanmu Arjuna... ramai benar kawan-kawan
BERDIALOG SAMBIL TUNJUK ILLUSTRATION.
FADE IN:ILLUSTRATION AKTIVITI PUTERA INDRA DI KAMPUNG
ARJUNA
Tuanku, bisakah patik ke istana suatu masa nanti?
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Mestilah boleh!
ARJUNA
Tetapi kan Tuanku, bilakah Tuanku mahu pulang ke istana? Tidakkah Baginda Sultan akan gelisah? Sudah kecoh tentang kehilangan tuanku
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Tidak mengapa,itu bole diuruskan kemudian
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Jadi, ada apa- apa yang tuan hamba rencanakan?
ARJUNA
ha! Teater !
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Teater?
ARJUNA
Kita bertemu teman patik tuanku, Mat tari, kita.... MENARI!!!
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Wah!!! Betul ke? Jom la tunggu apa lagi
Putera Indra menarik tangan Arjuna dan berlari mencari teater.
ARJUNA
Eh kita nak pergi mana?
7.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Teater laa!
ARJUNA
Eh! Teater di sana laaaa
Mereka berlari sambil tergelak menuju ke teater.
EXT. DI BELAKANG TEATER
Kelihatan ramai orang datang menghadirkan diri ke teater.
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Wah! Ramainya orang kat sini
ARJUNA
Kannnn, mari...
Mereka menuju ke belakang pentas.
INT. BELAKANG PENTAS BILIK MAK ANDAN
Kelihatan Mat Tari sedang berisap dan kedengaran Arjuna memanggilnya.
ARJUNA
Mat Tari! Makcik Juwita ! Assalamualaikum!
MAT TARI
Waalaikumussalam Juna...Siapakah gerangan bersama dengan kau ini?
MAKCIK JUWITA
Waalaikumussalam nak...
ARJUNA
Oh! Ini Indra. Temanku dari kampung sebelah !
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Assalamualaikum Mat Tari...
(nada malu-malu)
MAT TARI
Waalaikumussalam Indra...
Puteri Indra berbisik ke telinga Arjuna
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Eh Arjuna,mengapa Mat Tari pakaiannya ke keluar baju?
8.
Bisikan Putera Indra didengari oleh Makcik Juwita secara tak sengaja
MAKCIK JUWITA
Oh begini...
CUT TO: MAKCIK JUWITA SORANG-SORANG BUAT EXPLANATION.
MAKCIK JUWITA
Pakaian Mat Tari dipakai keluar kerana dia dilahirkan di luar negeri lalu cara memakai samping itu perlulah cara dagang luar. Hanya rakyat tempatan yang akan memasukkan pakaian mereka ke dalam, yang dikenali sebagai dagang dalam.
BACK TO:TEATER
Mereka bertiga mengangguk faham.
MAKCIK JUWITA
Ha, siap sudah
MAT TARI
Marilah Kalian berdua, menari sekali
Mereka bergerak ke depan.
CUT TO:ATAS PENTAS
EXT. ATAS PENTAS
​
Kelihatan Mat Tari sedang mengajar mereka berdua Joget Serampang Laut.
CAMERA ZOOM OUT KE LUAR TEATER DAN MENUNJUKKAN TANGAN NADIM SRI NARA.
NADIM SRI NARA
Itu pun Tuan Putera Mahkota!
PUTERA INDRA MAHKOTA RAJA
Eh! Lari dahulu
NADIM SRI NARA
Eh! Tuanku! Jangan lari!
Kelihatan Putera Indra berlari dengan reaksi muka yang nakal.
THE END.