top of page

MAY 2022 BY IKHMAL JAMALUDIN​

Brachiosaurus Gone Wrong

Note : The following is in screenplay script format

1.

EXT.DAY, DI SEBUAH PADANG YANG LUAS

CAMERA SHOT (ZOOM IN PADANG SAMPAI KELIHATAN SUSUK DUA BERANAK BRACHIOSAURUS)

NARATOR

Kelihatan dinosour spesies Brachiosaurus yang sering dianggap sebagai dinosaur paling besar pernah hidup di bumi.

Di padang paku pakis yang luas itu kelihatan Pak Bronto dan anaknya Doni sedang mencari makanan sempena hari lahir ibu Doni iaitu Mama Bezaurus.

DONI

(nada teruja)

Wahhhh ! Ayah, Ayah ! Tengoklah tempat ni ! luasnya tempat ni ! ada banyak tumbuhan kesukaan mama!

PAK BRONTO

Iya Doni, ada pokok cycad, pakis benih, ginkgos dan yang paling Mama kamu gemari iaitu paku pakis pun ada.

PAK BRONTO

(bunyi trumpet tanda bersemangat)

Mari ! bantu ayah ambil semua itu untuk Mama ! Yuk !

DONI

(nada bersemangat))

Ayuhhh !!!

TRANSITION THE STRAIGHT CUT

CAM SHOT ESTABLISHING SHOT (MENAMPAKKAN POKOK-POKOK CYCAD DI SEKITAR PADANG TERSEBUT)

CAM SHOT ZOOM IN KEPADA PAK BRONTO DAN DONI

Lalu mereka bersama-sama berjalan sambil mengumpul makanan berhampiran sepohon pokok paku pakis.

​

​

2.

EXT. DI POHON PAKU PAKIS

Tiba-tiba, ada bunyi hentakan kaki segerobolan dinosaur semakin mendekat sejenis dinosaur reptilia Velociraptor mengepung mereka berdua. Mereka ini dikenali dengan nama samseng VELO-VELO dan diketuai oleh Bro Cira.

CAM SHOT CLOSE UP SHOT MENAMPAKKAN MUKA BRO CIRA

BRO CIRA

(nada jahat)

MHAHAHAHA! ada makananlah !

Konco-konoku ! Bertindak !

Lalu,ahli kumpulan lain berlari berpusing membuat bulatan supaya mereka tidak dapat melepaskan diri dan membuat asap daripada habuk.

CAM SHOT ZOOM OUT LALU EXTREME LONG SHOT MENAMPAKKAN ASAP HABUK YANG DICIPTA GENG VELO-VELO

EXT. DALAM ASAP HABUK

DONI

(nada ketakutan)

Arghhh !!! Macam mana ni ayah? Doni takut la. Doni tak nampak apa-apa pun

PAK BRONTO

(nada penuh harapan)

Jangan risau doni ! Ayah akan uruskan mereka !

BRO CIRA

(nada memerli)

Wah! Wah! Wah! Si ayah ni nak selamatkan anak dia la, padahal diri dia sendiri belum tentu selamat, MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !

CAM SHOT CUT IN SHOT

PAK BRONTO

(nada penuh keyakinan)

Kau pasti? Doni bertahan ya !

DONI

EH? Kenapa?

​

​

3.

CAM SHOT HIGH SHOT

Pak Bronto kemudiannya mencapai Doni dengan cepat dan mencampaknya keluar dari asap habuk tersebut kearah pohon cycad berhampiran supaya dia terselamat.

​

DONI BERJAYA MENDARAT DENGAN SELAMAT DIATAS POHON CYCAD

DONI

(nada kkepeningan)

Huwaaaaaaa! Hugh, Auch,Aduhhh peningnya...

Dalam masa yang sama Bro cira cuba mengelak daripada terkena libasan ekor semasa mencampak Doni.

BRO CIRA

Haha, tak kena !

CAM SHOT LOW SHOT

PAK BRONTO

Nah rasakan !

BRO CIRA

(nada keliru)

Eh apa ?! Hah?

Pak Bronto menyondol kearah Bro Cira menggunakan lehernya yang panjang kearah bro cira lalu menyebabkan bro cira terhempas ke tanah lalu pengsan. Konco-konco Bro Cira dengan serta merta panik dan berhenti daripada berpusing dan kemudian berlari menyelamatkan Bro Cira. Kemudian mereka bergegas melarikan diri.

PAK BRONTO

(nada kerisauan)

Doni ! Kamu okay tak ?

Doni kelihatan terbaring lemah diatas pokok-pokok cycad itu tanpa membalas pertanyaan ayahnya.Tiba-tiba, Doni terbangun dengan teruja lalu memuji ayahnya.

DONI

(nada teruja)

Uwahhhhh! Gempaknya ayah tadi ! Hebat betul !

PAK BRONTO

(nada kawal macho)

Alah tak adalah, biasa-biasa je. Yang penting Doni selamat.

Semasa perjalanan pulang, Doni tidak berhenti-henti memuji ayahnya. Pak Bronto mulai bosan dengan anaknya itu.

 

 

4.

DONI

(nada memaksa)

Ayah, ajarlah Doni macam mana nak jadi hebat macam ayah !

PAK BRONTO

(nada bersabar)

Heish tak mahulah, terlalu awal untuk kamu..

DONI

(nada kecewa)

Alooo hmm bolelah ayah

PAK BRONTO

(nada bertegas)

Tak ! Boleh !

​

SETELAH LAMA MEREKA BERJALAN,MEREKA SAMPAI DISEBUAH SUNGAI PEMISAH DUA JALAN DIMANA DISEBELAH KIRI MERUPAKAN PADANG PAKU PAKIS DITEMPAT PAK BRONTO DAN DONI SEDANG BERADA DAN DISEBELAH KANAN DIMANA TEMPAT MEREKA MENGHALA IAITU RUMAH DONI. INI MERUPAKAN KALI PERTAMA PAK BRONTO MEMBAWA DONI MENGHALA KE JALAN ITU. KEMUDIAN,PAK BRONTO BERJAYA MELEPASI PEMISAH JALAN TERSEBUT MENINGGALKAN DONI DI PEMISAH JALAN SEBELAH KIRI.

​

EXT. DI PEMISAH JALAN MENGHALA KEARAH RUMAH DONI

Doni merengek kerana hanya ayahnya dapat melepasi jurang tersebut

DONI

(nada mengada)

Huwaaa! Ayah jangan la tinggal Doni, Doni takut.

PAK BRONTO

Ya Doni, sebentar.

Pak Bronto kemudian menurunkan lehernya dan menyuruh doni melintasi pemisah jalan tersebut. Doni kemudian berasa sangat teruja dan kagum dengan kebolehan ayahnya.

DONI

(nada kagum)

Wahh ! Ayah memang hebat la !!!

KEMUDIAN MEREKA SAMBUNG BERJALAN MENGHALA KE RUMAH MEREKA.

 

 

5.

DONI KEMUDIAN TERNAMPAK SEBUAH PARIT KECIL DAN KEMUDIAN DIA MENDAPAT IDEA.

DONI

(sambil menurunkan lehernya)

Ayah! Ayah! Ayah! Lalu la parit dengan menggunakan leher Doni !

PAK BRONTO

(nada kepelikan)

Mana bole Doni,bahaya

DONI

(nada merayu)

Ayah tolonglah,sekali ni je

PAK BRONTO

(nada tegas)

Mana boleh Doni, kamu belum cukup kuat la

DONI

(nada merengek)

Sekali je ayah, tolong la, Doni merayu ni...

PAK BRONTO

(nada geram)

Yelah Doni baiklah...

TRANSITION SCREEN HITAM DITAMBAH BUNYI TULANG PATAH

CAM SHOT ZOOM IN KE PAK BRONTO DAN MAMA BEZAURUS

INT. DI KEDIAMAN PAK BRONTO

MAMA BEZAURUS

(nada kegelisahan)

Eh mana Doni? Bang mana dia ???

PAK BRONTO

(nada sebak)

Sebenarnya, T,Tadi, semasa saya dan Doni mengumpul makanan, kami diserang samseng Velo-Velo.

MAMA BEZAURUS

Hah?! Habistu Doni?!

Mama Bezaurus mula menangis teresak-esak

 

 

6.

MAMA BEZAURUS

(nada menangis)

Herk,herk, an, anak aku, huwaaaaa!!!!

 

PAK BRONTO

(nada sedih)

Ya, Maafkan saya, saya tak dapat selamatkan Doni, dia telah dimakan mereka, hmmmmmm

Pak Bronto menghampiri Mama Bezaurus lalu memeluknya.

PAK BRONTO

Maafkan ayah, Doni, hehe...

PAK BRONTO

THE END

bottom of page